Page

June 27, 2023

It's 2023, and here I am





 Assalamualaikum kalian. Rupanya dah 2023 dan dah lama aku tak menulis kat sini.

Password pun aku dah lupa dan terpaksa set semula, ahaks. Alhamdulillah aku dah ada 3 orang anak yang cantik dan kacak. Yang sulung namanya Alya Hanis, yang kedua namanya, Eidlan Ali dan yang bongsu (setakat hari ini) namanya Hana Alina.

Banyak sangat perkara berlaku dalam beberapa tahun ini. Terlalu banyak sampai aku rasa rugi sangat aku tak update dalam ni. Ya sepatutnya aku tulis dan coretkan di sini sebagai digital diari aku, kan.

Tapi aku masih orang yang sama. Cuma sedikit berisi faktor usia. Oh ya, aku dah bekerja sendiri sekarang, sebagai fulltime photographer. Sangat mencabar terutamanya dari segi kewangan. Dah macam kais pagi makan pagi pun ada haha.

Tapi aku percaya, ianya satu keputusan yang aku tak sesalkan di kemudian hari. Kenapa? Sebab aku punya banyak masa melihat keluarga kecil aku membesar. Hari demi hari, tahu tahu je anak aku yang sulung dah masuk darjah 1. Cepat gila masa berlalu kan.

Sekarang ni, setiapp hari aku mencari semangat dan kekuatan untuk aku teruskan kehidupan, mencari sesuap nasi buat keluarga yang aku cintai. Memang tak mewah, tapi alhamdulillah Allah maha mengasihani. Ada saja rezeki yang datang. Terima kasih Allah. Selagi aku hidup, InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik untuk keluarga.

Oh ya, kalau kau semua nak check business aku, boleh saja google Adimoments atau pun terus aja ke website aku www.jardinrahman.com ya.

Ok begitulah, next post aku nak cerita pasal bencana Covid 19 dan kesannya kepada aku dan keluarga. Until next time, stay classy.

Ciao.

No comments:

Post a Comment