Page

June 27, 2023

It's 2023, and here I am





 Assalamualaikum kalian. Rupanya dah 2023 dan dah lama aku tak menulis kat sini.

Password pun aku dah lupa dan terpaksa set semula, ahaks. Alhamdulillah aku dah ada 3 orang anak yang cantik dan kacak. Yang sulung namanya Alya Hanis, yang kedua namanya, Eidlan Ali dan yang bongsu (setakat hari ini) namanya Hana Alina.

Banyak sangat perkara berlaku dalam beberapa tahun ini. Terlalu banyak sampai aku rasa rugi sangat aku tak update dalam ni. Ya sepatutnya aku tulis dan coretkan di sini sebagai digital diari aku, kan.

Tapi aku masih orang yang sama. Cuma sedikit berisi faktor usia. Oh ya, aku dah bekerja sendiri sekarang, sebagai fulltime photographer. Sangat mencabar terutamanya dari segi kewangan. Dah macam kais pagi makan pagi pun ada haha.

Tapi aku percaya, ianya satu keputusan yang aku tak sesalkan di kemudian hari. Kenapa? Sebab aku punya banyak masa melihat keluarga kecil aku membesar. Hari demi hari, tahu tahu je anak aku yang sulung dah masuk darjah 1. Cepat gila masa berlalu kan.

Sekarang ni, setiapp hari aku mencari semangat dan kekuatan untuk aku teruskan kehidupan, mencari sesuap nasi buat keluarga yang aku cintai. Memang tak mewah, tapi alhamdulillah Allah maha mengasihani. Ada saja rezeki yang datang. Terima kasih Allah. Selagi aku hidup, InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik untuk keluarga.

Oh ya, kalau kau semua nak check business aku, boleh saja google Adimoments atau pun terus aja ke website aku www.jardinrahman.com ya.

Ok begitulah, next post aku nak cerita pasal bencana Covid 19 dan kesannya kepada aku dan keluarga. Until next time, stay classy.

Ciao.

June 05, 2017

1st Post in 2017

Assalamualaikum hi Azlan.

Aku hi kat diri sendiri sebab aku tau nanti aku juga yang baca balik. Reminiscing everything all over again. Last time aku post pun aku tak hingat bila. So aku summarize sikit what happen all this while.

22 April 2016 - Alya Hanis binti Ahmad Azlan lahir di Hospital Shah Alam. Satu benda yang aku nak highlight, masa Hanis lahir, masa tu dah malam dan aku perlu balik ke rumah tapi aku lapar sangat. Aku minta housemate lama aku tapaukan makanan. Thanks Syihabuddin tapaukan nasi goreng untuk aku. Sedap gila.

So now AdiMoments pun semakin berkembang. Cuma aku agak slow sikit marketing. Sepatutnya boleh pergi lagi laju. Cuma entah lah ak pun tak tahu lah.

Time fly so fast now Hanis her Junior in Nov 2017. May Allah ease everything InsyaAllah. So let me share few photos so next visit I can remember clearer.







By the way, aku musykil sikit la dengan diri aku ni. Akan ada satu satu masa yang aku akan rindukan sesetengah perkara. Macam sekarang ni, aku rindu sangat nak balik Asahan berbuka dengan nenek. Entah lah, aku teringat masa aku kecil dulu. Aku teringatkan bunyi motor atuk. Allahu rindunya!

September 03, 2015

Assalamualaikum.

Hari ini agak suram. Malam tadi malam last kitorang bermalam di rumah sewa pertama kami sebagai husband n wife. Dah bersihkan semua so nanti new tenant selesa nak duduk situ.

Sepanjang kitorang duduk situ memang best. Kat area situ nyaman sbb jauh dari bandar dan jalanraya. Udara pagi mmg amat fresh. Sejuk dan tenang. Malam pula mmg sunyi sepi. Situ tak ramai orang lagi. Aku paling suka weekend kat rumah tu. Boleh golek golek tgk kartun dan tido sampai petang. Bila penat penat, balik rumah tu, memang aku akan rasa lega sangat. It feels like my own little nest. 

Lama juga kitorang duduk situ. Start dari hari nikah sampai la harini last. Teringat masa mula mula dulu, aku ada bela kucing. Seekor mati kena langgar, seekor mati sebab sakit. Dua ekor aku tanam kat area rumah tu. Aku still simpan video kucing aku tu.

Rumah tu tempat permulaan aku dan wife mulakan hidup. Amat banyak kenangan dalam rumah tu. Hope aku dapat beli rumah tu. Sepatutnya mmg aku beli rumah tu. Tapi wife kena retrenchment. So dia jobless sekarang. 

Harini 31 Julai 2015, hari last dia di company ni. Sedih juga sebab kat sini lah aku kenal, rapat, berkawan, bercinta sampai lah bernikah.  Kawan kawan seperjuangan, satu batch dengan aku pun semua udah resign. Tinggal memori aje lah. Walaupun hubungan aku dengan ex colleague aku tak berapa cantik, at least ada juga memori masa kita rapat dulu. Sesuatu untuk aku ingati.

Lepas ni, aku buat kerja seorang. Buat elisa sorang. Teringat lagi aku ada record video masa mula mula masuk kerja dulu. Nanti lah aku cari balik, aku tag balik kawan kawan aku yg dulu. Hmm okay lah. Nak buat elisa test ni. Sambil kenang memori dulu. Hihu.

Rumah sewa 1st as husband and wife

Apa daa toilet pun nak upload