Page

September 24, 2014

GoodBye Kitlens

Assalamualaikum.

Beberapa bulan lepas, aku ada beli kitlens Nikon 18-55mm untuk digandingkan bersama Nikon D5100 aku. Banyak juga hasil gambar dari kitlens tu. Aku beli dengan harga RM 220 pada sorang mamat yang aku jumpa kat mudah. Aku COD je kat KFC seksyen 7 dengan wife aku masa tu.

Antara gambar yang pernah terhasil dengan kitlens ni adalah Wedding kawan baik aku sendiri, Fendi & Mardhiyyah. Siapa cakap kitlens tak boleh shoot wedding memang lah akan aku shoot muka dia laju-laju. Kitlens ni powerful okey. Ringan, sharp, kualiti terbaik dan murah. Cuma aku perlu upgrade. Aku dah push habis kebolehan kitlens ni dan aku mahu atau tak, kena upgrade lens aku. Kalau tak skill aku tahap tu jelah.

Sayang juga nak jual lens tu. Tapi apakan daya, kena jugak jual. Aku upgraded dari kitlens ke Tamron 17-50mm f2.8. Lens ni memang lagi kencang la aku buat kerja. Papepun aku sangat berterima kasih kat kitlens aku tu. Semoga kau dapat tuan baru yang baik dan mampu menghindari kau dari serangan kulat.

Good Bye my KitLens. I will always remember you. Muahx!



No comments:

Post a Comment