Page

March 19, 2012

Wedding Date

Assalamualaikum..
Tadi baru je lepas tengok cerita Wedding Date dengan Adilea kat lab. Bosan takda keje so aku pun bukak movie so Leya pun join tengok. Masing- masing pun takda kerja. Ending dia as expected but still nak tengok jugak. Heroin dia berperangai comel dan hero dia cool je. Penceritaan pun tak menghampakan. Satu benda yang buatkan aku tertarik adalah cara pemikiran Nick. Well semua orang pun pernah buat salah. Cuma yang penting macamana cara kita accept kelemahan orang lain. Tak semua orang mampu buat macamtu sebab memang susah nak terima keburukan orang. Terpulang pada individu.


Lately, banyak salah faham yang berlaku antara aku dan kawan-kawan ofis. Sampai tak bertegur. Sebenarnya sedih sangat bila keadaan jadi macam ni. Aku rasa macam orang asing dengan kawan sendiri. Pergi makan sama-sama tapi bercakap sepatah pun tidak. Aku dah cuba untuk cuba reconnect balik tapi ia tak semudah yang disangka. Aku andai kan ni semua silap aku. Dan aku masih tercari-cari punca. Dan yang paling menyedihkan bila masing-masing pretend yang keadaan okey. 

Tiap kali sebelum terlelap aku mesti terfikir hal ni. Dan setiap kali tu lah aku cuba push diri aku untuk pulihkan semula keadaan. Mungkin aku terlalu penakut untuk face to face dengan mereka. Silly me. Dan paling menyedihkan lagi bila one of them tak menyukai aku. Tak tahu lah membenci aku atau pun tak. Seringkali pun aku sedih sebab saudara seagama kita bermasam muka tapi dengan yang tak seagama kita boleh bergelak ketawa. Termasuklah diri aku sendiri. Dan bila aku fikirkan hal ni, fikiran aku jadi runsing. Apa-apa pun aku cuba untuk baiki hubungan ni. Kalau tak hari ni, mungkin esok lusa baiknya. Semoga aku tak menjadi seorang pembenci sebab im not in the position to hate people even if they did bad to me. Ingat;
  1. Sentiasa bersangka baik terhadap orang lain.
  2. Jangan membenci orang kerana Tuhan tak pernah membenci makhlukNya.
Sekian. Harapnya kembali seperti sediakala.  ^____^




1 comment: