Page

January 25, 2012

Tekan Klac (Gear Dua)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni aku nak berkongsi mood Hoobastank - Running Away. Mood lagu ni agak sedih.. dan kalau anda semua tak percaya, bleh la klik kat sini yea. Beberapa ketika kebelakangan ni, hati ni tak berapa nk sedap. Dan kebiasaannya, kalau rasa mcmni, pasti ada something yg bakal berlaku. 

Dan firasat tu memang betul. Memang sejak akhir-akhir ni aku sering je fikirkan tentang jodoh. Dan aku semakin bersedia untuk bertemu dengan jodoh. Dalam erti kata lain, nikah. Walaupun kehidupan aku masih belum begitu stabil, tapi aku yakin aku mampu untuk menyara sebuah keluarga yang kecil. Perancangan aku sentiasa di ubah mengikut logik minda. Tujuan nya hanya satu; 

untuk memberikan bakal isteri sebuah kehidupan yang lengkap dan bahagia.

Namun, dengan kuasa Allah, aku diuji sekali lagi dalam perhubungan aku. Membuatkan aku berfikir sedalam-dalam rongga lagik akal. Apa silap aku? Di mana silap aku? Kenapa harus begitu? Dan aku seringkali menukar cara aku berfikir. Setiap positif dan negatif aku nilai sebaik mungkin. Kadangkala aku terasa begitu penat. Seingat aku, aku telah cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang yang bernilai dengan menjadi seorang yang setia. Sehingga sekarang aku masih cuba untuk setia. Semoga iman aku dikuatkan untuk menjadi seorang yang setia.

Percayalah, setia sahaja tak mencukupi. Sebab ini bukan ceritera sang pujangga zaman dahulu kala. Dan selamat datang ke alam realiti. Realiti yang mana semua nya pasti akan berubah. Semuanya akan menjadi kurang kisah atau tak kisah langsung, tak peduli dan tak mengerti. Yang terlewat akan tertinggal dan kecewa. Yang berharta berkuasa dan ketawa. Turut serta merebut dengan yang tak punya apa. Ini soal hati. Soalnya, perlukah mengikut kata hati? Terpulang. Jawapan masing-masing membawa erti tersendiri. Dan bagi aku, selagi akal masih berfungsi, jangan di ikut katahati. Sebabnya? Biarlah aku simpan sendiri.

Dan aku masih lagi berharap yang dia tetap dengan aku. Walaupun aku sendiri tak begitu yakin dengan pendirian nya. Aku cinta dan masih lagi terus mencintai.




No comments:

Post a Comment