Page

September 26, 2011

Rawat Hati Dengan Zikrullah


Hati kita perlukan imunisasi ataupun perlukan ketahanan untuk melawan gangguan syaitan yang menyasarkan serangannya pada hati manusia. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (al-RaĆ¢€™d: 28).
Hati merupakan komponen yang kita miliki, dalam masa yang sama kita tidak dapat mengawalnya. Selalu sangat hilang kawalan. Nabi s.a.w. ibaratkan hati sebagai raja dalam tubuh badan kita. Kerana kerjanya mengarahkan kita untuk melakukan sama ada yang baik mahu pun yang jahat.
Cara terbaik dalam merawat hati kita selain dengan zikrullah ialah, memperbanyakkan membaca al-Quran, selawat ke atas Nabi s.a.w., menjauhkan diri dari makanan yang ada unsur syubhat dan menghadiri majlis-majlis ilmu.
Apa yang pasti hati yang penuh dengan perasaan dengki, benci, dendam kesumat, memendam kemarahan akan menjadi penyebab kepada terhalangnya rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment