
Alhamdulillah..tahun 2010 telah berakhir..harap dapat berkongsi mood lagu biar jiwa by fynn jamal. Tahun ni aku agak berpuas hati walaupun secara keseluruhannya tidak berapa baik. Banyak juga suka duka tahun ni dan byk juga yang dipelajari. Kesilapan?banyak juga yg silap..huhu. Tahun ni juga aku merasa apa itu cinta pandang pertama. Sebenarnya ia sgt mengujakan bila kita sedar kita jatuh cinta pandang pertama dan sangat mengecewakan bila cinta tu kena tolak. Well aku tak boleh la nak harapkan dia cinta kan aku. Let me tell u bout her, a bit.
Mas Fara Idayu bte Nordin
Yup, dialah gadis tu. Sedap mata memandang. Manis, kulit cerah, senyuman menarik, pendiam, baik dan 5 tahun lebih muda dari aku. Boleh dikatakan dia cukup sempurna bagi aku. Cukup minat dengan perwatakan dia. Sekarang pun aku cukup rindu pada dia. Walaupun aku tau, aku tak cukup sempurna bagi dia. Pernah juga aku cuba luahkan perasaan kat dia, tapi sayangnya dia tolak. Huhu aku pun bersikap realistic dan terbuka menerima hakikat. Dan benda yang paling mengingatkan aku pada Mas Fara ni ialah lagu dari Fynn Jamal ni. Over dan Biar Jiwa. Bila dengar lagu ni pasti dia yang terbayang kat jiwa aku.Ok aku teruskan dengan benda yang lain pulak.
Khuzie Rahena Kamaruddin
Orangnya sederhana berkulit sawa matang, kurang setahun dari aku, manis, manja, sukakan perhatian. Aku pun tak sedar macamana kami boleh menjadi rapat. Tapi masih juga sebagai kawan. Kadang2 aku segan juga bila kami lepak sama dah macam couple pulak. Tapi aku still control lagi lah. Ada jugak aku tegur dia supaya behave skit so takda lah orang kata pape. Tapi dia ni jenis belasah saja yakin boleh. Tapi aku tau hati dia memang baik dan ikhlas nak berkawan dengan aku. Aku rasa aku banyak menghasut dia mendengar lagu2 pelik ni. Sama macam Syafiqah dulu. Tapi dia layan je. Dia seorang yang okey cuma suka mengikut fikiran di luar rasional aka suka ikut hati. Tapi aku pasti nanti dia pasti berubah menjadi seorang yang lebih mature mengikut persekitaran. Dan aku akan selalu sayang dan percaya pada dia. Chiayo Khuzie!
Kisah Graduasi
Tahun ni juga aku graduated dari UNISEL. Sedih juga bila teringatkan waktu study dulu. Rindu housemate aku yang dulu. Time lepak kat rumah sewa memang seronok. Then aku jumpa semula dengan ex colleague aku masa graduasi. Memang seronok bila jumpa kembali semua. Terimbas sama2 belajar dulu. Semua nya memori kan.
Kisah Automotif
Yap aku tahu aku dikenali sbg en pelumba. Tapi hakikatnya aku bukan seorang pelumba. Cuma meminati kereta. Akibatnya aku menceburkan diri ke dalam bidang automotif ni. Walaupun hanya sekadar memenuhi minat, aku nampak juga potensi bidang ni dalam diri aku. Mungkin juga aku akan teruskan dalam bidang ni even aku da grad dalam bioteknologi. Ini aku akan plan kan utk tahun 2011 ni. Dan aku harap aku akan success tahun ni.
Azam Tahun Baru
Setiap kali tahun baru maka azam pun akan terus berubah. Begitu juga aku. Aku jangkakan tahun ni aku akan lebih kurang bersosial. Expectation aku terhadap kerjaya juga aku tingkatkan. Azam tahun ni juga agak berat berbanding tahun lepas. Kereta aku dah dapat so main target aku untuk tahun ni adalah rumah sendiri. Tak kisahlah rumah tu buruk ke. Janji rumah tu atas nama aku. Ohoh memang agak mencabar. Mungkin juga tahun ni aku agak berkecuali dalam bidang percintaan. Yelah asyik gagal je kan. So maybe ni indicator untuk aku terus kukuhkan hidup sendiri sebelum berhajat nak sara anak orang. Well, semua pun berkemungkinan. Harap fokus aku di awal tahun ni tak lari bila dah masuk suku kedua tahun ni. Tahun 2010 dah banyak enjoy so tak boleh nak enjoy sangat tahun ni. Mira dan mamat maybe masuk universiti. So byk juga responsibility yang harus dipikul. Gambatte Kudasai, Hanazawa Rui!
2010
Terima kasih kepada kawan dan teman serta kasihku. Kalau boleh aku ingin bersama semula seperti dulu. Bersama menjelajah dunia. Memori tetap lagi aku kenang walaupun otak ni hanya berkapasiti 256MB je.haha tahun ni...tak sabarnya nak tahu apa berlaku!
Endings are hard. Any chapped-ass monkey with keyboard can poop out a beginning, but endings are impossible. You try to tie up every loose end, but you never can. The fans are gonna bitch, there’s always gonna be holes. And since it’s the ending, it’s all supposed to add up to something. Im telling you, they’re raging pain in the ass. So, what’s it all add up to? Its hard to say. But me, i’d say this was a test. No doubt, endings are hard, but then again, nothing ever really ends, does it?
No comments:
Post a Comment