Page

January 13, 2011

TEKAN KLAC (GEAR SATU)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang aku ingin berkongsi mood lagu dari Mysthicus – Bidadari. Lagu ni sangat bermakna bagi aku. Bukan kerana ada nilai nostalgic atau apa. Cuma lagu ni dah beri aku semangat untuk terus berjuang. Thanks Mamat sebab petikan guitar kau sangat powerful bagi aku. Dan kau begitu cool bila plucking.

Beberapa hari ni, selubung pelindung di hati aku agak pudar dan kabur. Kesedihan jelas mencucuk bahagian vena arteri yang paling kiri sekali. Memang tak ada kesan luka tapi ianya menyebabkan reseptor kesdihan terus berfungsi ke seluruh tubuh dan akhir nya mood sedih pun terus terpancar dari kesemua pancaindera aku. 

Aku cuba supaya tidak bersifat mementingkan diri. Aku cuba sedaya upaya untuk memahami segenap ruang masalah ini. Aku juga berusaha mencari solusi terbaik untuk kisah hiba ini. Ianya tampak lebih mudah jika aku bukan watak dalam kisah ini. Tapi, di peringkat begini, aku terasa seperti seorang yang kejam. Aku seperti jadi penghalang kisah mereka. Kisah mereka yang sepatutnya dah ditayangkan di wayang gambar. Kadangkala aku rasa lebih baik aku hilangkan diri. Mungkin pergi ke Tanjung Malim? Di sana ada Budin. Oh ya, mungkin juga Penang, di sana ada Besi. Lama betul tak jumpa. Dan, ya tak ya. Aku pasti pergi ke SP. Mungkin aku boleh join Gig Satu Perpuluhan Dua. Aku rindu group Day x Street. Juga geng Absolute. Dan budak-budak ARUS. Satu hari pasti aku gegarkan mereka.


No comments:

Post a Comment